Privacy Policy

PDASAR PRIVASI

Learning Port Sdn Bhd (“Learning Port”) menitikberatkan perlindungan maklumat peribadi dan privasi anda. Dasar ini disediakan untuk menerangkan cara kami mengumpul, memproses, mengurus dan melindungi data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

DASAR PRIVASI

Learning Port Sdn Bhd (“Learning Port”) menitikberatkan perlindungan maklumat peribadi dan privasi anda. Dasar ini disediakan untuk menerangkan cara kami mengumpul, memproses, mengurus dan melindungi data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Pengumpulan Maklumat Peribadi

Bagi memastikan anda mendapat pengalaman pengguna yang lebih baik, dan untuk menyediakan Produk dan/atau Perkhidmatan yang berkualiti, kami mungkin perlu mengumpul maklumat peribadi yang relevan daripada anda sama ada secara manual atau melalui laman sesawang kami. Maklumat peribadi ini termasuk tetapi tidak terhad pada maklumat berkenaan dengan nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel atau apa-apa maklumat lain yang ditetapkan oleh PDPA.

Tujuan Pemprosesan

Learning Port memproses data peribadi anda untuk tujuan tertentu dan terhad sahaja. Dengan menggunakan produk atau perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa semua data peribadi yang dikumpulkan dan/atau diproses oleh Learning Port mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut:

  1. Untuk berkomunikasi dengan anda bagi tujuan makluman tentang produk dan perkhidmatan kami, menjawab pertanyaan anda atau menghantar bahan promosi kepada anda;
  2. Bagi tujuan penyelidikan pasaran;
  3. Bagi tujuan pentadbiran, termasuk urusan bil, kutipan bayaran;
  4. Bagi tujuan penyelidikan & pembangunan;
  5. Bagi semua tujuan lain yang mempunyai maklumat sampingan dan berkaitan dengan mana-mana seperti di atas

Penerimaan Dasar

Dasar ini berfungsi sebagai pemberitahuan bahawa Produk dan/atau Perkhidmatan Learning Port akan disediakan anda apabila menerima terma Dasar Privasi ini dengan mengklik atau menyemak bahagian persetujuan dalam borang pendaftaran yang berkaitan. Dengan menyatakan penerimaan anda terhadap terma Dasar Privasi ini, anda dianggap telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda secara nyata oleh Learning Port atau mana-mana ejen, pekerja, rakan kongsi dan/atau kontraktor yang dibenarkan untuk tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

Pemindahan data peribadi ke tempat di luar negara

Anda bersetuju bahawa semua data peribadi boleh dikumpul dan/atau diproses di luar Malaysia, khususnya Singapura.

Penarikan balik Persetujuan

Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan anda dalam membenarkan Learning Port memproses mana-mana data peribadi anda atau ke mana-mana bahagian yang sama dengan menghantar permohonan bertulis ke Learning Port di alamat atau e-mel di bawah dan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah PDPA. Learning Port akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melaksanakan penarikan balik persetujuan anda, setakat mana penarikan balik tersebut tidak bercanggah dengan mana-mana obligasi undang-undang Learning Port yang lain. Jika anda tidak mahu data peribadi anda dikongsi dengan mana-mana pihak lain, atau jika anda tidak mahu diutamakan untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Learning Port atau mana-mana pihak lain termasuk pihak ketiga, sila maklumkan kepada kami secara bertulis di alamat atau e-mel yang diberikan di bawah. Sebaik menerima permohonan bertulis, Learning Port akan memberikan akses kepada semua data peribadi anda yang dipegang atau disimpan atau diproses oleh Learning Port. Untuk mengelakkan kekeliruan, "akses" untuk tujuan peruntukan ini bermakna notifikasi data peribadi anda yang diproses oleh atau bagi pihak Learning Port dan untuk mempunyai salinan data peribadi tersebut dinyatakan atau disampaikan kepada anda melalui bentuk yang dapat difahami mengikut pilihan Learning Port.

DATA PERIBADI DARIPADA GOLONGAN BAWAH UMUR DAN INDIVIDU LAIN

Sekiranya anda memberikan Data Peribadi mengenai keluarga, pasangan dan/atau tanggungan lain, anda mengesahkan bahawa mereka memahami bahawa Data Peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) Data Peribadi mereka selaras dengan Dasar ini. Dalam kes kanak-kanak bawah umur (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak kompeten secara sah untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi mereka dan bersetuju bagi pihak mereka untuk memproses (termasuk pendedahan dan pemindahan) Data Peribadi mereka yang selaras dengan Dasar ini.

Keselamatan Data Peribadi Anda

Kami dengan ini memastikan bahawa sebarang data peribadi yang disimpan oleh kami dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan atau pengubahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja.

Pembetulan Data Peribadi

Anda boleh pada bila-bila masa membuat permohonan bertulis kepada Learning Port untuk membetulkan mana-mana data yang disifatkan oleh anda sebagai tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau lapuk. Learning Port, apabila menerima permohonan bertulis anda untuk pembetulan, akan mengambil semua langkah yang wajar untuk melaksanakan pembetulan tersebut. Sila arahkan sebarang permohonan sedemikian kepada Pegawai Perlindungan Data kami di alamat di bawah.

Pegawai Perlindungan Data:

Alamat:
TOWER 7, AVENUE 5, THE HORIZON BANGSAR SOUTH, NO. 8, JALAN KERINCHI, 59200 KUALA LUMPUR

Telefon: +603-2242 3333

E-mel: itsupport@learningport.com.my

Dengan menerbitkan dasar ini dalam laman sesawang ini, kami akan menganggap pelanggan dan/atau klien kami telah dimaklumkan.

PERUBAHAN KE ATAS DASAR INI

Kami berhak untuk meminda dan mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa, dan Dasar yang dipinda akan dimuat naik ke laman sesawang kami: privacy-policy