FAQ
01. Apakah itu platform myGuru?
myGuru merupakan platform pembelajaran digital secara interaktif yang merangkumi modul pembelajaran, bank soalan, bimbingan TUTOR dan COACH profesional untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kurikulum yang terdapat dalam myGuru selaras dengan sukatan pelajaran terkini KSSR dan KSSM yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
02. Adakah terdapat percubaan percuma?
Ya, sudah tentu. Kami menyediakan akaun percubaan percuma, di mana anda boleh mencuba bahan pembelajaran kami iaitu myLessons dan myQUESTIONS. Tiada sebarang nombor kad kredit dan debit automatik diperlukan.
03. Saya sukakan myGuru. Saya berminat untuk mendaftarkan anak saya. Apa yang perlu saya buat?
Pada laman utama, klik pada butang "Beli Sekarang" dan sistem akan ke halaman Senarai Harga, di mana anda boleh memilih pakej serta mata pelajaran dan membayar jumlahnya. Sebaik sahaja anda telah membuat bayaran, anda akan menerima e-mel dengan butiran untuk mendaftarkan akaun anak anda.
04. Bilakah langganan saya akan tamat?
myLessons dan myQuestions
Langganan ke atas myLESSONS dan myQUESTIONS adalah sah selama 1 tahun tanpa sebarang tambahan bayaran diperlukan.
myTUTOR dan myCOACH
Langganan boleh dibuat secara bulanan.
5. Di mana saya boleh memantau perkembangan prestasi pembelajaran anak saya dan sejauh mana mereka telah menyelesaikan sebarang modul?
Anda boleh menyemak perkembangan prestasi pembelajaran anak anda melalui papan pemuka akaun Ibu Bapa.
6. Apakah kapasiti minimum pelayar yang diperlukan untuk menggunakan myGuru?
myGuru tidak dapat diakses dengan Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox versi lama. Kami syorkan penggunaan Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan versi terbaharu.
Apakah peranti yang sesuai untuk menggunakan myGuru?
Modul pembelajaran myLessons dan myQUESTIONS untuk Tahun 1 hingga Tingkatan 3 boleh diakses pada mana-mana peranti termasuklah komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit. Pembelajaran untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 boleh diakses pada mana-mana komputer peribadi (PC) atau komputer riba.
7. Apakah pedagogi / kaedah pembelajaran yang diguna pakai?
myGuru ialah pembelajaran berasaskan video berinteraktif dengan paparan visual yang menarik: Setiap modul pembelajaran dibahagikan kepada empat bahagian utama:
-
BIJAK BELAJAR – Pembelajaran melalui video: Konsep dijelaskan menggunakan situasi kehidupan sebenar melalui animasi yang menarik secara visual antara 2 - 5 minit.
-
NOTA – Konsep dijelaskan melalui peta minda, teks dan paparan grafik yang menarik secara visual.
-
PRAKTIS – Latihan berasaskan aktiviti berinteraktif yang meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep dengan maklum balas serta-merta.
-
KUIZ – Kuiz dalam bentuk permainan mini yang membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan dengan tahap kesukaran berbeza bagi membantu pelajar menguasai sesuatu konsep dengan lebih baik.
Bank Soalan
Koleksi kertas soalan berbentuk ujian dan peperiksaan mengikut format terkini untuk semua topik daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Setiap soalan dilengkapi dengan penyelesaian lengkap langkah demi langkah dan disertakan panduan menjawab serta tip peperiksaan.
Bimbingan tutor:
Kami menyediakan kelas tuisyen online oleh guru-guru pakar yang berpengalaman luas bagi membimbing pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik dan pelajar turut berpeluang bertanyakan soalan dan mendapatkan bantuan bagi segala permasalahan yang berkaitan dengan pelajaran mereka.
Bimbingan Coach:
Sesi bimbingan dan motivasi oleh Coach professional bagi 2 sesi sebulan disediakan yang merangkumi strategi meningkatkan kemahiran belajar, tip motivasi,untuk mencapai kejayaan cemerlang dan banyak lagi.
8. Siapakah yang membangunkan kandungan myGuru?
Modul pembelajaran (myLESSONS) dan bank soalan (myQUESTIONS) kami telah dibangunkan oleh guru-guru pakar termasuk Guru-guru Cemerlang yang mempunyai pengalaman mengajar yang luas mengikut kurikulum yang disediakan oleh KPM Malaysia.
9. Jika anak saya ada soalan, bagaimana caranya untuk mereka bertanya?
Sekiranya anak anda ada sebarang kemusykilan dan memerlukan bantuan, kami menyediakan platform myTUTOR di mana anak anda boleh bertanyakan soalan kepada guru-guru pakar kami dan mendapatkan bimbingan kelas tuisyen online secara mingguan. Daftar myTutor di sini: https://myguru.com.my/tuition-online/mytutor.
10. Siapakah individu yang menjadi tenaga pengajar myTutor?
myTUTOR dibimbing oleh guru-guru pakar dalam subjek masing-masing yang berpengalaman luas dan mampu menjadikan pembelajaran lebih efektif dan menyeronokkan.
11. Saya terlupa kata laluan saya. Apa yang harus saya lakukan?
Layari laman log masuk dan tekan pautan 'lupa kata laluan'. Anda akan diminta untuk memasukkan Nama Pengguna anda (alamat e-mel berdaftar anda). Pautan untuk mencipta kata laluan baru akan dihantar ke alamat e-mel anda. Sebaik sahaja kata laluan baharu dicipta, anda boleh log masuk dengan kata laluan baharu.
12. Anak saya terlupa kata laluannya. Apa yang harus saya lakukan?
Log masuk ke akaun ibu bapa milik anda. Pilih Butiran Akaun pada papan pemuka. Pilih nama pengguna anak yang perlu ditukar kata laluannya. Masukkan kata laluan baharu dan klik Simpan. Untuk log masuk dengan kata laluan baharu, log keluar dari akaun ibu bapa dan log masuk semula dengan nama pengguna kanak-kanak dan kata laluan baharu.
13. Saya tidak boleh mengakses myLESSONS dan myQUESTIONS walau pun telah membuat pembayaran. Apakah puncanya?
Jika anda telah mendaftar untuk akaun berbayar, sila semak sama ada anda log masuk ke akaun ibu bapa atau akaun anak. Anda mesti log masuk ke akaun anak untuk melihat modul pembelajaran (myLESSONS) dan myQUESTIONS. Jika anda log masuk ke akaun ibu bapa, anda tidak akan dapat mengakses modul pembelajaran. Akaun ibu bapa hanya digunakan untuk melihat laporan kemajuan anak dan untuk membeli produk tambahan.
14. Apakah kaedah bayaran yang disediakan?
Pembayaran boleh dibuat melalui kad debit, kad kredit, PayPal, atau perbankan dalam talian.
15. Adakah terdapat sebarang promosi?
Ya, kami mengadakan promosi dari masa ke semasa. Promosi terbaharu akan dipaparkan pada laman sesawang rasmi dan platform media sosial kami. Anda juga boleh menghubungi kami dan kami sedia untuk membantu anda.
16. Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai masalah teknikal atau sekiranya saya memerlukan bantuan ke atas produk?
Anda boleh menggunakan aplikasi sembang kami (chat) yang disediakan pada laman utama kami di pautan https://myGuru.com.my. Anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mel: sales@learningport.com.my