About Us

Tentang Kami

myGuru ialah produk pembelajaran digital yang dibangunkan oleh Learning Port Sdn Bhd. Ditubuhkan pada tahun 2013, myGuru menawarkan sumber pembelajaran yang kaya dengan paparan visual dan sangat efektif, serta turut menyediakan bimbingan tutor dan sokongan Coach untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Dengan jumlah pelajar berdaftar seramai 500 ribu orang, myGuru telah menjadi platform pembelajaran paling digemari Malaysia untuk pelajar dan guru.

Apa yang menjadikan kami berbeza?

myGuru dilengkapi dengan pembelajaran berinteraktif serta kaya dengan paparan visual dan bank soalan yang bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih seronok malahan efektif supaya pelajar dapat memahami dengan lebih baik dan mendorong kepada prestasi akademik yang lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa kefahaman ke atas mata pelajaran meningkat sebanyak 42% melalui penggunaan alat bantuan visual.

myGuru ialah platform pembelajaran lengkap yang bukan hanya menyediakan sumber rujukan untuk belajar dan ulang kaji tetapi turut menyediakan bimbingan tutor secara langsung (live) dan sokongan Coach untuk membolehkan pendidikan yang versatil walau pun hanya dari rumah anda.

Mengapa perlu memilih kami?

Pembelajaran adalah penting kerana menjadi kunci kejayaan pelajar dalam akademik dan kehidupan. Era digital telah banyak mempengaruhi cara pelajar untuk belajar dan juga akan menentukan peluang kejayaan masa depan mereka. Dengan platform myGuru ini, kami menggalakkan pelajar agar segera menyesuaikan diri mereka dengan perubahan dunia pembelajaran digital supaya lebih mudah untuk menghadapi dunia masa depan. Maka, di sinilah fungsi kami sebagai rakan pembelajaran berterusan mereka.

Kami mencipta ruang penerokaan dalam dunia pembelajaran untuk setiap pelajar bagi menangani keperluan unik mereka. Kami percaya kepada kuasa pembelajaran diperibadikan yang dapat memfokus kepada keperluan pembelajaran setiap kanak-kanak, membolehkan pelajar terlibat secara holistik dalam pendidikan mereka dan aktif dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Anugerah dan pencapaian

Pada tahun 2013, Learning Port muncul sebagai pemenang pada Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT (APICTA) dalam Kategori e-Pembelajaran Terbaik.

Pengasas

Learning Port Sdn Bhd ialah visi Dato’ Idrus Mohd Satha, seorang usahawan Malaysia dalam bidang pendidikan yang juga merupakan pengasas Cosmopoint.

Learning Port berpusat di Bangsar South, Kuala Lumpur, Malaysia.